Tuesday, February 14, 2012

Kata




Video klip lagu Kata nyanyian Hazami ini turut menampilkan Ryzal Jaafar di dalamnya. Videoklip ni dah lama tapi baru hari ni perasan ada Ryzal di dalamnya hehe.. Good music and good videoclip!!




Wednesday, February 1, 2012

Jangan Lafazkan : Duet Ryzal & Kilafairy



Lagu popular Jangan Lafazkan nyanyian asal KRU dinyanyikan secara duet oleh Ryzal Jaafar dan Kilafairy untuk drama Hotel Mania. Boleh tahan juga hehe..


Disebalik tabir photoshoot Majalah URTV





Tengok la gelagat Ryzal dan teman artis dari produksi Hotel Mania semasa photoshoot untuk majalah URTV edisi Hari Raya. Ryzal pakai baju melayu warna orange dan cawan pun warna orange juga hehe..


Ryzal 30th Birthday


Ulangtahun kelahiran Ryzal Jaafar yang ke 30 tahun telah disambut dengan meriahnya pada 7 Januari 2012 di Restoran The Ship. Tema sambutan kali ini adalah K-Pop.

Ramai artis terkenal turut hadir memeriahkan sambutan tersebut antaranya Rozita Che Wan, Dafi, Anding Indrawani, Nazim Othman, Amran, Sharifah Sakinah, Marsha Milan Londoh dan ramai lagi.

Tengok la dua video sekitar majlis tersebut kat bawah ni.



Kesemua para artis jemputan menyanyikan lagu Happy Birthday buat Ryzal


Ryzal turut diminta untuk menari hehe


Dah tengok video kan? Sekarang tengok gambar sekitar majlis tersebut pula.



Banner di Restoran The Ship

Kek Hari Jadi Ryzal

Ryzal memotong kek Hari Jadi

Ryzal disuapkan buah strawberry

Ryzal disuapkan kek oleh Rozita

Ryzal bersama Anding di pentas utama

Ryzal bersama artis yang hadir

Ryzal bersama Sakinah, Dafi dan Rozita

Ryzal bersama Anding, Rozita dan Nazim





Happy 30th Birthday Ryzal!!!!!



Video Klip lagu tema dari Telemovie Mimpi Menunggu Malam


Video klip lagu Mimpi Menunggu Malam nyanyian  Nurul Fadzillah iaitu lagu tema dari telemovie Mimpi Menunggu Malam lakonan Ryzal Jaafar. Video klip ini memaparkan wajah Ryzal dan sedutan lakonan Ryzal dalam telemovie tersebut. Saksikan lah.





Beberapa gambar Ryzal dalam telemovie ini untuk tatapan semua.








Video klip Ilusi dari Drama Ilusi


Video klip lagu Illusi nyanyian Monoloque dan Asmidar Ahmad merupakan lagu tema bagi drama Illusi lakonan Ryzal Jaafar. Video klip ini memaparkan wajah Ryzal dan juga sedutan daripada drama Illusi. Semoga terhibur.




Nak tengok gambar Ryzal dalam drama Illusi? Scroll kat bawah ni.







Video Klip Cinta Sejati dari Drama Bola Cinta 2



Video klip lagu Cinta Sejati nyanyian Kumpulan Sixth Sense yang menjadi lagu tema drama Bola Cinta 2 lakonan Ryzal Jaafar. Dalam video klip ini memaparkan wajah Ryzal dan juga sedutan daripada drama tersebut. Enjoy!!





Berikut adalah beberapa gambar Ryzal dalam drama Bola Cinta 2.













Video klip Dengarlah dari drama Buaian Kasih



Video klip lagu Dengarlah nyanyian Eyeja Arshad bagi soundtrack drama Buaian Kasih lakonan Ryzal Jaafar. Dalam video klip ini memaparkan wajah Ryzal dan juga sedutan-sedutan dari drama tersebut.





Berikut adalah beberapa gambar Ryzal di dalam drama Buaian Kasih.



















Bertaut Kasih



Bertaut Kasih arahan Haris Kadir terbitan Asia Best Communication Sdn Bhd lakonan Ryzal Jaafar


Bertaut Kasih mengisahkan Fauzi lakonan Ryzal Jaafar yang terpaksa berkahwin dengan Yasmin, gadis pilihan ibunya. Walaupun tidak mempunyai perasaan terhadap Yasmin, Fauzi tetap meneruskan perkahwinannya dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Empat tahun berlalu, Fauzi dan Yasmin dikurniakan seorang anak lelaki dan mereka telah berpindah ke bandar.

Fauzi bertugas sebagai seoarang arkitek manakala Yasmin merupakan suri rumahtangga sepenuh masa. Walaupun pada dasarnya mereka nampak bahagia namun perasaan cinta masih belum wujud di hati Fauzi yang sering merasakan kekosongan. Apakah kesudahan drama ini? Nak tahu kena la tengok.



Saksikan drama Bertaut Kasih


Berikut adalah beberapa gambar Ryzal dalam drama Bertaut Kasih.

































'Abang sedar abang tak sehebat Saidina Ali dan tak sekuat Saidina Omar tapi abang tetap berusaha menjadi imam yang mampu memimpin keluarga kita menjadi keluarga sakinah dan mawaddah' -Fauzi-