Tuesday, January 31, 2012

Madu Sorok



Madu Sorok arahan Rashid Sibir dan terbitan Rashbir Media lakonan Ryzal Jaafar


Dalam drama ini Ryzal memegang watak sebagai Johan iaitu anak kepada Arun. Arun mempunyai dua orang isteri iaitu Maria dan Sofia. Hasil perkahwinan dengan mereka, dia memperolehi sepasang cahaya mata dari kedua-dua isterinya yang sudahpun menginjak remaja. Maria selaku isteri pertama tidak mengetahui dirinya dimadukan. Bagaimanapun Sofia tahu statusnya sebagai isteri kedua namun tidak pernah mengetahui siapakah madunya.

Arun menyimpan rahsia ini selama 18 tahun dan bijak membahagikan masa antara Maria dan Sofia. Siang selepas waktu pejabat dia pergi ke rumah Sofia dan malam barulah dia pulang ke rumah Maria. Namun pada suatu hari, apabila rahsia telah terbongkar, anak sulung Arun iaitu Johan lakonan Ryzal tidak dapat menerima bahawa ayahnya telah memadukan ibunya. Apakah kesudahan drama ini? Saksikan drama Madu Sorok lakonan Ryzal Jaafar.




Saksikan drama Madu Sorok lakonan Ryzal


Berikut adalah beberapa gambar Ryzal dalam drama Madu Sorok.




Ryzal dan Intan Lydiana sebagai adik beradik

Ryzal dan Aida Khalida sebagai anak dan ibu
Ryzal dan Kamal Adli sebagai adik beradik tiri





Ryzal dan Raja Farah sebagai adik beradik tiri












'Bila dan kantoi macam ni, baru nak minta maaf, baru nak menyesal segala?' - Johan-


Ryzal di Anugerah Juara Lagu 26



Ryzal telah menghadiri Anugerah Juara Lagu 26 yang telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 29 Januari 2012 yang lalu dan seterusnya melalui karpet biru sebelum menyaksikan persembahan semua finalis pada malam tersebut.

Berikut adalah beberapa keping gambar Ryzal di karpet biru AJL 26.


Jacket Ryzal yang mengikut tema air


Ryzal menggayakan belt A/X


Ryzal semakin kurus?


Ryzal bersama Dafi dan Nur Fathia




Monday, January 30, 2012

Cerita Raya Ryzal 2009




Video ucapan raya dari Ryzal sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun 2009. Ryzal beraya di kampung halamannya di Alor Star Kedah. Tonton la video ni untuk mengetahui mengapa raya tahun 2009 tu begitu bermakna buat Ryzal.



Hani




Hani, drama arahan Heykal Hanifah dan terbitan Layar Consult Sdn Bhd lakonan Ryzal Jaafar



Dalam drama 13 episod ni Ryzal memegang watak sebagai Irfan. Seorang remaja yang berubah menjadi pendiam dan gemar menyepikan diri setelah kematian abang kandungnya akibat leukimia dan menyalahkan ayahnya yang merupakan seorang doctor pakar kerana gagal menyelamatkan abangnya. Irfan mula berubah sikap  menjadi peramah dan lebih aktif  setelah berkawan rapat dengan Ummu Hani. Apakah kesudahannya hubungan Irfan dan Hani? Saksilah drama hebat lakonan mantap Ryzal yang sarat dengan moral ini.


Saksikan drama Hani lakonan Ryzal


Berikut adalah beberapa gambar Ryzal dalam drama Hani.


Ryzal bersama buku Bercinta sampai ke Syurga























'Hati awak tu dah gelap, sifat kemanusiaan awak dah mati' - Irfan-




Ryzal Jaafar


Ryzal

Mohd Shahrizal Jaafar dilahirkan pada 2 Januari 1982. Anak kelahiran Alor Star Kedah ni merupakan anak sulong daripada 5 orang adik beradik. 

Bekas pelajar Malaysia Institute Integrative Media dan juga pemegang lulusan Diploma Komunikasi Visual dari Akademi TV3 ini memulakan kariernya sebagai pelakon selepas berjaya menjadi finalis Hero Remaja pada tahun 2004. 


Ryzal ketika menjadi finalis Hero Remaja 2004


Beliau juga pernah menjalani ujibakat untuk menjadi pengacara  Gangstarz dan Trek Selebriti dan turut menjayakan kempen membantu mangsa tsunami Jepun anjuran A/X. 


Ryzal turut menjayakan kempen membantu mangsa tsunami Jepun anjuran A/X


Pernah bertugas sebagai Pegawai Eksekutif Promosi KRU Records selama 6 tahun dan pernah menjadi artis di bawah Pengurusan KRU Talents and Management selama 4 tahun.


Ryzal memakai pas sebagai Pegawai Eksekutif Promosi KRU Records semasa majlis Dafi Fan Club


Mempunyai Homestay yang dinamakan sebagai Kekabu Homestay di Kampong Bohor, Alor Star yang diusahakan bersama keluarga sebagai salah satu cabang perniagaan selain daripada karier lakonan dan modelling beliau.



Pohon Kekabu di Kekabu Homestay



Telah berlakon dalam pelbagai drama, antaranya ialah:


24 Hari Sebelum Ku Jatuh Cinta



Buaian Kasih



Bertaut Kasih



Bola Cinta 2



Bara Yang Ku Genggam



Dunia Baru



Fitrah Salmah



Gadis Cuci



Hani



Hotel Mania




Illusi



Jelatang



Keliwon : Syiling Puaka



Kesempatan Dan Kesempitan



Maahad Al-Amin



Madu Sorok



Mimpi Menunggu Malam



Nilai Cinta Diana



Nilapura



Platun Satria



Sumpah Bunian



Taj Mahal Untuk Mama



Yasin Untuk Bonda



Na O Mei



Mega Sekeping Hati



dan pelbagai drama lagi antaranya :
  1. Cinta Bulan Dan Mentari
  2. Issandra
  3. Kemboja Senja
  4. Suria Di Pinggir Mentari
  5. Virud
Juga turut berlakon dalam beberapa filem antaranya :


Dunia Baru The Movie



dan juga filem2 lagi antaranya :

  1. Kuliah Cinta
  2. CE1

Terkini beliau dalam penggambaran drama Harapan Yang Tertinggal arahan Pengarah Michael Ang yang berlokasi di Sungai Petani Kedah.


Ryzal bersama Ezzrin Loy dan Sakinah di lokasi drama Harapan yang Tertinggal



Semoga sukses terus menjadi milik Ryzal.