Ryzal
Mohd Shahrizal Jaafar dilahirkan pada 2 Januari 1982. Anak kelahiran Alor Star Kedah ni merupakan anak sulong daripada 5 orang adik beradik.
Bekas pelajar Malaysia Institute Integrative Media dan juga pemegang lulusan Diploma Komunikasi Visual dari Akademi TV3 ini memulakan kariernya sebagai pelakon selepas berjaya menjadi finalis Hero Remaja pada tahun 2004.
Ryzal ketika menjadi finalis Hero Remaja 2004
Beliau juga pernah menjalani ujibakat untuk menjadi pengacara Gangstarz dan Trek Selebriti dan turut menjayakan kempen membantu mangsa tsunami Jepun anjuran A/X.
Ryzal turut menjayakan kempen membantu mangsa tsunami Jepun anjuran A/X
Pernah bertugas sebagai Pegawai Eksekutif Promosi KRU Records selama 6 tahun dan pernah menjadi artis di bawah Pengurusan KRU Talents and Management selama 4 tahun.
Ryzal memakai pas sebagai Pegawai Eksekutif Promosi KRU Records semasa majlis Dafi Fan Club
Mempunyai Homestay yang dinamakan sebagai Kekabu Homestay di
Kampong Bohor, Alor Star yang diusahakan bersama keluarga sebagai salah satu cabang perniagaan selain daripada karier lakonan dan modelling beliau.
Pohon Kekabu di Kekabu Homestay
Telah berlakon dalam pelbagai drama, antaranya ialah:
24 Hari Sebelum Ku Jatuh Cinta
Buaian Kasih
Bertaut Kasih
Bola Cinta 2
Bara Yang Ku Genggam
Dunia Baru
Fitrah Salmah
Gadis Cuci
Nilapura
Taj Mahal Untuk Mama
Na O Mei
Gadis Cuci
Hani
Hotel Mania
Illusi
Jelatang
Keliwon : Syiling Puaka
Kesempatan Dan Kesempitan
Maahad Al-Amin
Madu Sorok
Mimpi Menunggu Malam
Nilai Cinta Diana
Nilapura
Platun Satria
Sumpah Bunian
Taj Mahal Untuk Mama
Yasin Untuk Bonda
Na O Mei
Mega Sekeping Hati
dan pelbagai drama lagi antaranya :
- Cinta Bulan Dan Mentari
- Issandra
- Kemboja Senja
- Suria Di Pinggir Mentari
- Virud
Juga turut berlakon dalam beberapa filem antaranya :
Dunia Baru The Movie
dan juga filem2 lagi antaranya :
- Kuliah Cinta
- CE1
Terkini beliau dalam penggambaran drama Harapan Yang Tertinggal arahan Pengarah Michael Ang yang berlokasi di Sungai Petani Kedah.
Ryzal bersama Ezzrin Loy dan Sakinah di lokasi drama Harapan yang Tertinggal
Semoga sukses terus menjadi milik Ryzal.
No comments:
Post a Comment